Back to Recipe Print

Recipe for "Kentang Bakar Mustard"


Tips

Jika tidak mahu rebus kentang terlebih dahulu, boleh terus bakar kentang tetapi lebihkan masa membakar supaya kentang dapat masak dengan sempurna.

Ingredients

Kentang (Sederhana Besar) 5 biji
Bawang Besar 2 biji
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu teh
Minyak Zaitun 3 sudu besar
Mustard 2 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh

Instructions

1

Basuh kentang sehingga bersih. Tidak perlu kupas kulit kentang. Kemudian, belah kepada beberapa bahagian supaya menjadi ketulan kecil.

2

Rebus kentang sehingga empuk. Tuskan. Ratakan kentang di atas dulang pembakar. Elakkan potongan kentang daripada bertindan.

3

Letakkan bawang besar yang telah dimayang, minyak zaitun, mustard, serbuk lada hitam dan garam. Gaul sekata.

4

Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

5

Keluarkan kentang pada 10 minit terakhir, balik-balikkan kentang dan bakar lagi sehingga masak sepenuhnya.