Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Siput Bersama Sambal Tumis"


Tips

pastikan minyak sudah panas baru masukkan mee siput kerana jika tak panas ia tidak kembang dan akan menjadi keras. tetapi jangan terlalu panas kerana ia akan cepat hangus sebelum sempat kembang. panas yang sedang2 sahaja

Ingredients

Mee Siput 5 ketul
Sambal Tumis 1 mangkuk
Minyak Secukupnya
Cili Kering Direbus 10 batang
Bawang Merah Dikisar 1 biji
Bawang Merah Di Hiris 1 biji
Belacan 2 inci
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Air Sedikit
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 1 keping

Instructions

1

Panaskan minyak.goreng mee siput hingga kembang dan masak sepenuhnya

2

Angkat dan toskan minyaknya. ketepikan dahulu

3

Untuk menyediakan sambal tumis, kisar bawang merah bersama cili kering, bawang putih, belacan dan sedikit air

4

Kemudian tumis sehingga garing dengan sedikit minyak

5

Curahkan sedikit air, bawang hiris dan asam keping. didihkan

6

Perasakan dengan gula dan garam

7

Sambal tumis siap untuk dihidang bersama mee siput goreng