Back to Recipe Print

Recipe for "Crunchy Caramel Almond"


Tips

Pastikan jangan terlalu lama membakar kerana bimbang kepingan badam hangus dan akan pahit. Pastikan juga alas baking yang kualiti supaya tak melekat.

Ingredients

Tepung Florenta 500 gram
Kepingan Badam 250 gram
Biji Kuaci 250 gram
Biji Labu 200 gram
Bijan Hitam 50 gram
Kertas Baking Untuk Lapik Secukupnya

Instructions

1

Campurkan tepung florenta dengan biji bijan.

2

Bakarkan kepingan badam, kuaci, biji labu pada suhu 170 c selama 5 minit. Ketepikan dan biakan sejuk.

3

Sediakan loyang 14 x 14 dan alaskan dengan kertas baking supaya tidak melekat

4

Satukan kepingan badam, kuaci, biji labu tadi dengan tepung florenta hingga semua bersalut.

5

Panaskan oven 170 C (terpulang jenis oven masing2).

6

Tuangkan bahan2 tadi ke dalam loyang dan ratakan nipis.

7

Bakar lebih kurang 5 minit-10 minit.

8

Sejurus keluar dari oven, terus potong menggunakan pemotong piza.

9

Biakan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.