Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Lemak Kelantan"


Tips

Hidangan boleh la dimakan dengan ulam-ulam. Saya biasa letak timun je.. lain-lain macam kacang panjang, tauge atau ulam-ulam yang korang rasa nak letak....nak pedas sikit letak sambal cili.. - See more at:http://www.zazazehra.com/2015/02/laksa-lemak-menu-petang-bersama-keluarga.html

Ingredients

Kelapa ( Ambil Santannya Saja ) 2 biji
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 5 biji
Lada Hitam 1 sudu
Halia Setengah inci
Asam Keping 3 keping
Garam Secukup rasa
Ikan Selayang Sekilo

Instructions

1

Ikan selayang direbus dalam air, letak sedikit garam dan 3 keping asam keping.

2

Kemudian ambil isi ikan sahaja kisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia kemudian masukkan ke dalam periuk .

3

Masukkan santan. Tumbuk lada hitam dan masukkan ke dalam santan.

4

Ambil asam keping yang digunakan untuk merebus ikan tadi masukkan ke dalam periuk berisi santan tersebut.

5

Kemudian masak dalam api sederhana. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sentiasa dan masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan