Back to Recipe Print

Recipe for "Chocolate Cheese Tart"


Tips

1. PASTIKAN SETIAP CRUST DICUCUK DENGAN GARPU sebelum dibakar .. JANGAN cucuk SAMPAI HABIS ..iniMENGELAKKAN CRUST JADI PUFF..NANTI TAK CANTIK

2.Inti akan naik sedikit apabila sudah masak, matikan oven, buka pintu oven sedikit & biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.

3. pastikan suhu oven masing-masing ya

Ingredients

Bahan- Bahan Untuk Pastri
Mentega 125gm
Gula Kastor 60gm
Esen Vanila 1 sudu teh
Susu Tepung 1 sudu besar
Kuning Telur 1 biji
Tepung Gandum 200gm
Serbuk Koko 50gm
Cheese Filling
Cream Cheese 250 gm
Mentega 20gm
Gula Halus 60gm
Esen Vanila 1 sudu teh
Telur 1 biji
Blueberry Filling Secukupnya

Instructions

CARA-CARA MEMBUAT PASTRI

1

Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.

2

Masukkan kuning telur & susu tepung, pukul sebati.

3

Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wrapper & sejukkan selama 15 minit.

4

Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus.

5

Biarkan sejukkan atas wirerack.

CARA- CARA MEMBUAT FILLING

1

Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila & gula hingga lembut.

2

Masukkan telur & pukul sebati.

3

Kemudian , masukkan filling kedalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.

4

Paipkan cheese filling kedalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa2 perisa inti jika suka. ( saya hanya buat corak kat atas )

5

Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.