Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Ayam "


Tips

Selain kentang, lobak merah dan bunga kubis anda jua boleh mengganti kan sayuran lain seperti kubih, sawi, putik jagung dan sebagai nya

untuk lebih pedas boleh menambah bilangan cili api

untuk sesiapa yg inginkan kepanasan atau cepat berpeluh, boleh tambahkan sedikit lada hitam kedalam sup ayam khasiat ini

Ingredients

Bahan Utama
Ayam 400 gram
Tumisan
Cili Api 5-7biji
Halia Seketul (sebesar ibu jari)
Bawang Merah Satu biji
Bawang Putih 3-4 ulas
Minyak Sedikit
Bahan Sampingan
Bunga Kubis 100gram
Lobak Merah 1 batang
Fish Balls 10 biji
Kiub Ayam Seketul
Hiasan
Daun Bawang 5-7helai
Bawang Goreng 2-3 sudu besar

Instructions

Bahan Utama

1

Siang ayam dan buang bahagian kulitnya. Kemudian basuh bersih dan dipotong kecil. Letak kan di tepi dahulu sementara itu.

Bahan Sampingan

1

Ubi kentang dan bunga kubis di bersihkan dan dibuang kulit.
-ubi kentang di potong dadu
-bunga kubis juga di potong kecil
-lobak merah di bersihkan,dibuang kulit dan di potong menyerong
-Fish balls pula di bersihkan dan di belah kepada 2bahagian

Penyedian Sup

1

Bahan penumis :bawang merah, bawang putih dan halia di buang kulit kemudian di basuh bersih dan ditumbuk/ dikisar (jangan sampai hancur) bersama cili api

2

Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk sederhana besar. Kemudian, tumiskan bahan penumis sehingga garing dan naik bau.

seterus nye masukkan lebih kurang 700ml air bersih dan pecahkan kiub ayam tadi dan kacau sehingga sebati

3

Seterusnya masukkan bahan utama iaitu ayam yg telah dipotong dan sekali lagi tunggu sehingga sedikit mendidih. Biarkan ayam tadi masak sempurna terlebih dahulu.

4

Seterusnya masukkan pula bahan-bahan sampingan seperti lobak merah, bunga kubis dan kentang. kali ini biarkan sedikit lama sehingga ubi kentang tadi empuk. (fungsi kentang- memekatkan kuah sup)

akhir sekali, masukkan fish balls yg sudah di potong dan masukkan sedikit garam dan tunggu sampai mendidih.

Hiasan

1

Tuangkan kedalam mangkuk. Taburkan daun bawang yg dihiris dan jua bawang goreng sebagai hiasan dan juga menambahkan lagi kesedapan sup ayam anda.