Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Sagu"


Tips

jika mahukan warna hijau boleh letakkan pewarna hijau atau pewarna lain ikut kegemaran. tapi yang biasa warna merahlah

Ingredients

Sagu 2 cawan
Kelapa Parut Putih Sahaja 1 biji
Gula 1/2 cawan
Garam Sedikit
Air 5 cawan
Sirap Sedikit
Daun Pandan 3 helai

Instructions

1

Cuci sagu dan toskan airnya. ketepikan dahulu

2

Didihkan air bersama gula , pati sirap dan daun pandan hingga gula larut

3

Kemudian keluarkan 1/2 kuantiti air, masukkan sagu dan kacau rata

4

Tambah air yang dikeluarkan tadi sikit demi sikit sehingga sagu menjadi jernih.

5

Setelah pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit.

6

Letak dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. kemudian boleh dipotong.

7

Gaul dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus

8

Siap!