Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Karamel Tanpa Telur"


Tips

Tapis campuran air,tepung jagung dan tepung kastard untuk mendapatkan puding yang cantik.

Ingredients

Gula 2 senduk
Air 1/4 cawan air
Susu Cair 1 tin
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Tepung Jagung 2 sudu besar
Tepung Kastard 2 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu teh
Serbuk Agar-Agar 1 paket (10 gram)
Air 3 1/2 cawan

Instructions

1

Untuk sos karamel, masak gula di atas pan dengan api perlahan sehingga gula menjadi keperangan.

2

Masukkan 1/4 cawan air sedikit demi sedikit. Kacau rata dan tutup api.

3

Tuang sos karamel ke dalam bekas puding.

4

Masukkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit air.

5

Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam periuk. Masukkan air dan serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.

6

Selepas mendidih, masukkan esen vanila. susu pekat dan susu cair. Kacau selama 5 minit dan tutup api.

7

Tuang puding dalam bekas yang berisi sos karamel tadi. Tunggu puding sejuk sedikit kemudian simpan puding di dalam peti sejuk.