Back to Recipe Print

Recipe for "Cheesekut Lazat"


Tips

pastikan cream cheese betul-betul kembang, saya menggunakan tatura cream cheese. boleh dapatkan dipasaraya.

Ingredients

Tatura Cream Cheese 250gram
Susu Pekat Manis Setengah tin
Biskut Cracker 1 peket
Nestum Peket kecil
Bekas 1

Instructions

1

Masukkan cream cheese dan susu dalam satu bekas dan pukul sehingga kembang.

2

Susun biskut cracker satu lapisan dahulu. selepas itu sapukan cream cheese yang kembang tadi diatasnya dan taburkan nestum.

3

Kemudian, susun biskut cracker diatasnya dan ulang cara yang pertama tadi. anda boleh susun biskut mengikut citarasa anda.

4

Lakukan sehingga habis ramuan tadi. anda juga boleh menggantikan nestum kepada milo, oreo, oat, corn flakes mengikut kreativiti anda sendiri.

5

Sejukkan di dalam peti ais dulu sebelum dihidangkan. selamat mencuba!