Back to Recipe Print

Recipe for "Karipap Pusing"


Tips

Ketika canai doh terakhir jangan terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti.

Ingredients

Tepung Gandum 1 cawan
Veg Shortening 2 sudu
Marjerin Sedikit
Tepung Jagung 1 sudu
Inti Karipap Semangkuk
Doh B
Tepung Gandum 2 cawan
Minyak Jagung Dipanaskan 1/4 cawan
Air Secukupnya
Garam Sedikit

Instructions

1

Untuk doh a: satukan tepung gandum, marjerin, sorthening dan tepung jagung

2

Gaul sebati hingga membentuk doh. kemudianbahadikan kepada 4 bahagian. bulat2kan. ketepikan dahulu

3

Untuk doh b: masukkan tepung ke dalam bekas dan buat lubang di tengahnya dan tuang minyak panas.Gaul rata dengan senduk hingga menjadi serbuk roti.

4

Sementara itu bancuh garam bersama air hingga larut. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.

5

Uli hingga sebati dan tak melekat di tangan. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.

6

Canaikan satu bahagian doh B dan letakkan satu bahagian doh A di tengahnya
Bungkus dan kemaskan padat. Kemudian di bulatkan.

7

Kemudian canaikan sederhana ketebalannya. tak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

8

Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.Gulung semula menjadi selinder..

9

Kemudian direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.

10

Ambil satu bahagian doh dan potong 6 bahagian.Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal.

11

Letakkan inti di bahagian tengahnya,lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka.

12

Klimkan dengan kemas agar tidak terbuka semasa mengoreng. Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh

13

Kemudian goreng hingga garing dalam minyak panas. siap