Back to Recipe Print

Recipe for "Maggie Goreng Kampung"


Tips

untuk pastikan maggie tidak melekat pada kuali
1.selepas rebus maggie toskan dan siram dgan air sejuk
2.minyak masak secukupnya, jgn terlebih nnt terlalu berminyak

Ingredients

Bawang Putih 1 biji
Bawang Besar 1 biji
Cili Padi 4 biji
Sos Tiram 1 sudu besar
Kangkung Sedikit
Telur 1 biji
Maggie Kari 1 bungkus

Instructions

1

Mula2 panaskan air dalam kuali lepas tu rebuskan maggie tersebut sehingga lembut, kemudian tapiskan dan siram dengan air sedikit supaya masa goreng tidak melekat.

2

Cara untuk menggoreng, panaskan minyak tumiskan bawang putih yg dicincang halus, dah kekuningan tumiskan bawang besar dengan cili padi yang sudah dihiris

3

Semua dah layu masukkan telur sebiji dan kacau, selepas itu masukkan 1 sudu sos tiram

4

Kemudian tuangkan separuh rencah maggie kari, ( 1 bungkus maggie kari rencah separuh sahaja, 2 bungkus baru masukkan 1 paket rencah) lepastu masukkan maggie yang sudah direbus tadi dah gaul sebati masukkan kangkung

5

Dan goreng sehingga sebati. dah sebati boleh angkat dan dihidangkan