Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Kelapa & Taugeh"


Tips

Bawang merah diperap dengan bahan dressing untuk menaikkan bau bawang yang sedap.

Ingredients

Cili Hijau 1 biji - hiris memanjang
Kelapa Parut 1 biji - sangai
Bawang Merah 1 biji - hiris
Taugeh 2 genggam
Daun Pudina 1 genggam - cincang
Bahan Dressing:
Sos Ikan 4 camca besar
Perahan Jus Limau 2 biji
Gula 2 camca kecil
Halia 1 inci - parut

Instructions

1

Satukan bahan dressing hingga rata.

2

Taburkan hirisan bawang merah, gaul rata & ketepikan selama 10 minit.

3

Selepas 10 minit, masukkan cili hijau, taugeh & daun pudina ke dalam bahan dressing tadi. Gaul hingga rata.

4

Taburkan kelapa parut yang disangai tadi, gaul rata. Hidang.