Bahan Bahan Cake | |
Tepung Sponge Mix | 250g |
Telur | 3biji |
Air | 65g |
Butter | 65g (dicair) |
Ovellate | 1sudu besar |
Bahan Lain | |
Whipping Cream | 1cup (putarkan) |
Kit Kat | 22pcs-24pcs |
Fruits | Grape, strawberry, kiwi |
Cara membuat kek
Dalam 1 bekas. Satukan tepung sponge mix, telur dan air. Putarkan kelajuan perlahan selama 3min.
Kemudian masukkan ovellate, teruskan memutar dgn menambah kelajuan selama 10min. Sehingga adunan kembang dan berwarna putih.
Selepas itu masukkan, butter yg telah dicairkan, Gaul sehingga sebati.
Panaskan oven, masukkan adunan kedalam bekas size 7inch, bakar selama 1jam 15min dgn suhu 190°C bergantung kepada oven masing2.
Bila dah masak sejukkan kek terlebih dahulu sebelum mula Deco kek.
Cara Deco kek
Putarkan whipping cream sehingga kental. Kemudian sapukan keseluruh cake.
Susun kit kat disekeliling kek.
Akhir sekali baru susun buah-buahan diatas cake. Siap!