Back to Recipe Print

Recipe for "Onde-Onde"


Tips

untuk dapatkan onde-onde yang wangi berperisa pandan..boleh kisar daun pandan dan ambil jusnya dan masukkan dalam adunan semasa mengadun bagi menggantikan air

Ingredients

Tepung Pulut 3 cawan
Tepung Gandum 3 sudu besar
Air 1 1/2 cawan air
Gula Melaka 1 keping
Daun Pandan Sehelai
Pewarna Hijau Beberapa titik
Kelapa Muda Parut 1 cawan
Garam Sedikit garam

Instructions

1

Gula melaka dipotong kiub kecil

2

Kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam dan ketepikan

3

Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan pewarna hijau ke dalam mangkuk

4

Bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan

5

Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk

6

Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengah dan tutup semula. Gentel bulat

7

Masukkan ke dalam air yang mendidih

8

Apabila kuih timbul, angkat dan toskan. Kemudian golekkan di dalam kelapa parut tadi.