Telur | 15 biji |
Santan | 400 ml |
Jus Pandan | 40 ml |
Tepung Naik Sendiri | 350 gram |
Gula | 400 gram |
Pewarna Hijau | 3 gram |
Serbuk Krim Tar-Tar | 25 gram |
Telur 15 Biji ( Diasingkan Antara Kuning Dan Putih) | |
Jus Pandan ( Dikisar Sendiri Ambil Airnya ) | |
Gula ( Dibahagi 2 Bhg Untuk Adunan Putih Dan Kuning) |
Telur 15 biji diasingkan ( kuning dan putih). Elakkan daripada telur kuning pecah. Bahagi kpd 2 bhg.
Ambil telur putih dan masukkan 200 gram ke dalam bowl mixer.
Ambil telur kuning dan masukan gula 200 gm dan kesemua bahan ingredient lain kecuali krim tar-tar. Putar selama 5-6 minit.
Telur putih pula diputar dgn 200 gram gula dan krim tar-tar 25 gram. Pukul sehingga kembang. Jangan terlalu kembang untuk hasilan lebih baik.
Lps itu masuk sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau dgn perlahan biar putih telur tadi sebati kedua-dua adunan.
Masukan dlm 4 bekas chiffon. Bahagi sama supaya ia kelihatan sama berat. Bakar ke dalam oven selama 18 minit dgn suhu sederhana.
Bila siap dibakar, terbalikkan bekas chiffon dan biarkan ia sejuk. Selepas sejuk barulah dibuang dari bekasnya. Boleh dihidangkan atau dijual.