Back to Recipe Print

Recipe for "Cheesy Nacho Bolognese"


Tips

Bagi memudahkan proses penyediaan, apabila menyediakan kuah spaghetti, simpan sedikit di dalam freezer bagi memudahkan proses penyediaan hidangan ini.

** Bahan yang bertanda adalah dikisar

Ingredients

Daging Kisar 250g
Prego Cendawan 1 tin
Butter Separuh buku
Tomato Dipotong Dadu 1 biji
Air 1 cawan
Capsicum Dipotong Dadu Setengah biji
Serbuk Oregano 1 tbsp
Cili Sos 2 tbsp
Cendawan Butang Dihiris Nipis 5 biji
Nacho 1 pek besar
Timun Jeruk 1 biji
Mozarella Cheese 200g
**bawang Besar 2 biji
**bawang Putih 2 ulas
Halia 1 inch
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Panasakan butter di dalam kuali, tumiskan bawang kisar tadi,

2

Setelah naik bau, masukkan air 1 cawan dan daging kisar tadi, kacau hingga daging tersebut masak.

3

Masukkan capsicum, tomato dadu, mushroom button, cili sos, dan sos prego tadi, renehkan seketika.

4

Masukkan serbuk oregano tadi dan perasakan bersama gula dan garam. Ketepikan.

5

Masukkan nacho di dalam pinggan, tuangkan kuah tadi diatasnya,

6

Taburkan timun jeruk yang telah dipotong dan mozarella cheese,

7

Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 min sahaja ( sehingga cheese cair). Sedia dimakan.