Back to Recipe Print

Recipe for "Bento"


Tips

Sediakan side dish seperti sambal udang petai atau serunding jika anda mempunyai tekak melayu asli. Selamat mencuba!

Ingredients

Salad 3 helai
Carrot 1/2 btg
Sosej Coctail 2 biji
Telur Puyuh Yang Direbus 4 biji
Rumpai Laut 1 keping
Bunga Kubis 3 ketul
Beras Sushi 1 cawan
Telur Dadar 1 biji
Tuna 2 sudu
Timun Jepun 3 hiris memanjang
Air + Limau Nipis 1 biji

Instructions

1

Tanak nasi khas untuk membuat sushi 1 cawan, paras air adalah sama seperti nasi yang biasa kita masak, ketepikan.

2

Setelah nasi masak, bentangkan sekeping rumpai laut, sapukan air yang dicampurkan dengan limau tadi diatas rumpai dan letakkan nasi diatasnya, ratakan.

3

Letakkan sedikit tuna, diikuti timun jepun dan telur dadar yang dipotong memanjang. Gulungkan.

4

Potong dan susun ke dalam bekas bento mengikut kreativiti.

5

Selepas itu, rebuskan telur puyuh, dan rebus sayur-sayuran yang ingin dihiaskan ke dalam bekas tadi dengan sedikit garam.

6

Sementara itu, lebihan nasi tadi boleh dikepalkan menjadi bentuk bulat, letakkan di dalamnya tuna dan telur yang dipotong.

7

Hiaskan mengikut kreativiti anda. Siap :)