Back to Recipe Print

Recipe for "Kepak Ayam Panggang Kicap Madu"


Tips

makanan yang diperap selalunya akan lebih sedap jika diperap semalaman.

Ingredients

Kepak Ayam 10 ketul
Bijan Putih 1 camca kecil
Bahan Perap: (Satukan)
Kicap Manis 1 camca besar
Cuka 1/4 cawan
Minyak Bijan 1/2 camca besar
Daun Bawang 1 pokok - hiris halus
Lada Hitam 1 camca kecil
Halia 2 inci - cincang
Bahan Sapu: (Satukan)
Madu 3 camca besar
Kicap Manis 2 camca besar
Cuka 2 camca besar

Instructions

1

Perap kepak ayam bersama bahan perap selama 30 minit di dalam peti ais.

2

Panaskan pemanggang & panggang ayam sehingga masak.

3

Sambil memanggang, sapu bahan sapu pada ayam. Buat pada kedua-dua belah kepak ayam semasa diterbalikkan.

4

Selesai panggang, tabur bijan putih & hidang.