Bahan-Bahan Untuk Nasi Putih | |
Beras | 1 cawan kecil |
Air (Untuk Masak Nasi) | 1 cawan kecil |
Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng | |
Ayam Seekor (Belah 4 Bahagian) | Guna satu bahagian sahaja |
Jintan Manis | 1/2 sudu kecil |
Serbuk Kunyit | 1/2 sudu kecil |
Serbuk Lada Putih | 1/2 sudu kecil |
Garam | Secubit |
Gula | Secubit |
Minyak Untuk Menggoreng | Satu mangkuk besar |
Bahan-Bahan Untuk Sambal | |
Bawang Besar | 1 biji |
Cili Merah | 7 batang |
Cili Padi | 3 batang |
Tomato | 2 biji |
Belacan | 1 inci |
Bahan-Bahan Untuk Sup | |
Lobak Merah (Dihiris) | 1/2 biji |
Bawang Besar | 1/2 biji |
Bawang Putih | 3 biji |
Air | 1 1/2 cawan |
Kiub Ayam | 1 sudu kecil |
Garam | Secukup rasa |
Bahan- Bahan Utuk Goreng Tempe Dan Tauhu | |
Tempe (Bungkus Daun) | Satu keping (potong ikut suka) |
Tauhu | 1 keping (potong ikut suka) |
Minyak | 1 cawan |
Bahan-Bahan Sampingan Untuk Hiasan | |
Timun (Dihiris) | 1/2 biji |
Kobis (Dihiris) | Ikut suka |
Limau Kasturi (Dihiris) | 3 biji |
Cara-cara masak nasi
Cuci beras, selepas tu masak dengan satu cawan air. Masak menggunakan rice cooker.
Cara-cara menggoreng ayam
Cuci ayam bersih-bersih dan perapkan ayam dengan sebuk kunyit, jintan manis,serbuk lada putih,garam dan gula. Biarkan selama 5 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan api tidak terlalu besar, gunakan api sederhana supaya ayam masak dengan sekata.
Cara-cara membuat sambal
Tomato dipotong dadu, bawang dan semua cili dihiris, semuanya digoreng bersama belacan. Angkat dan sejukkan.
Kisar bahan-bahan sambal yang digoreng tadi hingga lumat, kemudian gorengkan balik dalam kuali tanpa minyak. Goreng hingga sambal sebati dan pekat.
Tambah gula dan garam pada sambal untuk perisa, bila sambal sebati, bolehlah diangkat. Dan hidangkan.
Cara-cara membuat sup
Hiriskan bawang besar dan bawang putih, tumiskan dgn minyak sedikit,setelah garing masukkan air dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, masukkan lobak merah garam dan kiub ayam, biarkan mendidih lagi. siap
Cara-cara mengoreng tempe dan tauhu
Gorengkan tempe dan tauhu sehingga garing.
Setelah siap semua masakkan, bolehlah hidangkan dengan timun,kobis dan limau nipis.