Back to Recipe Print

Recipe for "Fudge Brownies"


Tips

jangan jadikan brownies anda terlalu tebal kerana akan menjadi keras untuk dimakan.

Ingredients

Butter 1 dan 1/4 cawan
Telur 4 biji
Gula 2 cawan
Tepung Gandum 1 dan 1/2 cawan
Esen Vanila 2 sudu kecil
Serbuk Koko 3/4 cawan
Badam 2 cawan. jika suka
Coklat Masakan Topping (hirisan)

Instructions

1

Panaskan oven 170'c. alas dulang pembakar dengan kertas minyak. 9x13inci

2

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan koko, kacau sebati

3

Masukkan gula dan gaul sebentar. tutup api. tak perlu cairkan gula. biarkan adunan sejuk sedikit.

4

Selepas itu. masukkan telur satu per satu dan esen vanila. kacau sebati.

5

Akhir sekali. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kekacang (jika suka). tuang dalam bekas pembakar. bakar selama 30minit atau sehingga masak

6

Selepas masak. keluarkan dan hiriskan coklat masakan di atasnya ( jika suka) ketika brownies masih panas. hidangkan atau simpan dalam bekas.