Bahan-Bahan Karamel ( Gula Hangus) | |
Gula | 40gram |
Air | 1 sudu besar |
Bahan-Bahan Puding | |
Susu Segar | 300ml |
Telur | 3 biji |
Gula | 60 gram |
Esen Vanila | 1 sudu kecil |
Aluminium Foil | Secukupnya |
Cara buat karamel (gula hangus)
Masukkan dalam periuk gula dan air. panaskan sehingga gula keperangan dan tutup api. masukkan dalam acuan.
Jangan biarkan gula karamel terlalu lama atas api kerana gula akan rasa pahit.
Cara membuat Puding
Satukan ke dalam bekas susu segar, telur, gula dan esen vanila. kacau sebati dan elakkan dari adunan berbuih banyak.
Selepas itu, tapis adunan dan masukkan keatas bekas yang berisi karamel tadi. tutup dengan aluminium foil dengan kemas
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Setelah itu, keluarkan dan sejukkan dalam peti sebelum dihidang, selamat mencuba!