Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Percik Mudah Dan Sedap"


Tips

Cili kering pun boleh cili boh pun boleh.. nak pedas tambah cili api ya.

Ingredients

Ayam 1 ekor dibelah 8
Serai 5 batang
Serbuk Kunyit 2 sudu kecil
Bawang Putih 5 ulas
Halia 2 inci
Santan Setengah biji@kotak kecil segera
Cili Kering 20 biji
Bancuhan Asam Jawa 1 cawan kecil
Garam N Gula Mengikut rasa

Instructions

1

Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn garam dan serbuk kunyit

2

Potong kecil2 semua bahan kecuali santan. Cili kering tu eloknya direbus terlebih dahulu dah agak2 lembut baru kisar.

3

Kisar semua bahan2 hingga halus dan tidak berketul.

4

Selepas itu, ambil kuali. Masukkan ayam tadi da. Curahkan baham yg telah dikisar tadi.

5

Masukkan air asam jawa dan biarkan dalam 10minit. Masukkan juga garam, serbuk kunyit dan sedikit gula.

6

Agak2 ayam sudah setengah masak. Masukkan santan. Biarkan dalam 10minit lagi atau nampak ayam tu dah agak masak.

7

Sememangnya biarkan ia berkuah ya.. sebab nak pastikan ayam tersebut masak.

8

Angkat ayam dan biarkan kuah tersebut. Jangan matikan api.

9

Bakar ayam yang telah direbus tadi. Saya guna pemanggang ajaib, memang sgt senang.

10

Sementara itu. Kuah dikacau sehingga ia pekat dan nampak kasar2.

11

Sambil2 bakar tu bolehla curah sikit2 kuah atas ayam yg sedang dibakar tu.. dah siap