Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Untuk Orang Sakit"


Tips

Jangan terlalu banyak minyak masak semasa tumis dan juga rasa MSG kerana ia akan membuatkan tekak anda loya.

Ingredients

Daging Ayam 100 gram
Bunga Kubis 50 gram
Karot 50 gram
Daun Sup 20 gram
Daun Bawang 20 gram
Fish Ball 10 biji
Bunga Lawang 2 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang
Cengkeh 5 biji
Buah Pelaga 5 biji
Kiub Stock Ayam 2 ketul
Bawang Merah 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Padi 4 biji
Halia 2 inch
Minyak Masak 3 sudu besar
Air 2 cawan
Garam Secukup rasa
Lada Hitam Secubit

Instructions

1

Tumbuk semua bahan tumisan iaitu bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia sehingga hancur.

2

Panas minyak dalam periuk dan tumis dahulu bahan herba seperti kulit kayu manis, bunga lawang, cengkeh, buah pelaga sehingga naik bau.

3

Setelah tu baru tumis bahan kisar tadi ke dalam periuk sehingga warna berubah keperangan.

4

Masukan air dan daging ayam di potong dadu kedalam periuk tumisan tadi dan kemudian masak sehingga mendidih.

5

Setelah itu masukan sayur-sayuran seperti bunga kobis, karot dan juga fish ball. Masaka sehingga layu sedikit sayurnya.

6

Bila sudah empuk masukan kiub stock ayam dan garam serta lada hitam secukup rasa

7

Last sekali masukan daun bawang dan daun sup untuk hiasan tidak perlu masak lama.

8

Boleh di hidangkan untuk orang yang sakit agar sihat dan bertenaga.