Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Daging Berkeju"


Tips

jangan bakar terlalu lama dalam oven kerana roti akan jadi terlalu kering

Ingredients

Untuk Inti
Daging Cincang @ Daging Burger 300gram @ 4 keping
Bawang Putih 2 ulas
Perencah Kari Daging 2 @ 3 sudu besar
Air Setengah cawan
Garam Secukup rasa
Minyak Untuk menumis
Untuk Roti
Roti Gardenia 12 keping
Telur 3 biji
Susu Segar 200ml
Cheese Slices 8 keping
Cheddar Cheese (Jika Suka) Diparut sebagai topping.

Instructions

Cara-cara penyediaan inti

1

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. masukkan daging cincang dan rempah kari daging. kacau sekejap dan masukkan sedikit air.

2

Biarkan kering antara rempah dan daging. masukkan garam secukup rasa dan tutup api.

Cara-cara lapisan roti

1

Campurkan telur dan susu segar dalam bekas. kacau sebati dan tambah sedikit garam. celupkan roti ke dalam telur.

2

Ambil roti dan susun didalam bekas yang boleh dibakar. selepas itu, masukkan daging dan lapiskan dengan cheese.

3

Ulang langkah dengan susun kembali roti, daging dan cheese sehingga habis. parutkan cheddar cheese dipermukaan roti jika suka

4

Masukkan dalam oven dan bakar dalam suhu 160'c selamat 30 minit atau masak.