Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Goreng"


Tips

Jika mahukan kepedasan, boleh juga taburkan sedikit hirisan cili api selepas air ditambah.

Ingredients

Daging 400 gram
Garam 1 sudu besar
Serbuk Lada Sulah 1 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Kicap Pekat 1 sudu besar
Daun Bawang 2-3 tangkai
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

1

Cuci bersih daging dan di hiris sederhana nipis.

Kemudian satukan daging, garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan kicap pekat di dalam satu bekas.

2

Gaul sehingga sebati. Tutup bekas berkenaan dan simpan sebentar aduan daging tadi di dalam peti sejuk.

Sementara itu, potong daun bawang sepanjang lebih kurang 2cm.

3

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Bawa keluar daging dari peti sejuk.

apabila minyak telah panas masuk kan daging tadi. Masak sebentar. kemudian tambah sedikit air(50ml) ke dalam kuali. Kacau sedikit dan biarkan ar tadi kering.

4

Apabila sudah kering, pastikan daging anda empuk. Kemudian taburkan daun bawang dan gaul.

Siap untuk di hidang.