Back to Recipe Print

Recipe for "Resepi Kuih Tako"


Tips

Kalau leceh nak buat kelonsong pandan, guna je bekas plastik yang kecil tu..pun boleh..

Ingredients

Lapisan Bawah
Tepung Jagung 1 cawan
Gula 1 cawan
Daun Pandan 2 helai
Sengkuang Cina Potong dadu kecil-kecil
Pewarna Hijau Gunakan sedikit sahaja
Lapisan Atas
Santan Pekat 4 setengah cawan
Garam Setengah sudu kecil
Tepung Jagung 3/4 cawan

Instructions

1

Bahan lapisan bawah disatukan dan masak hingga pekat selama 15 minit. Sentiasa kacau dan keluarkan daun pandan tadi.

2

Masukkan sengkuang cina dan gaul sebati. Kemudian matikan api.

3

Tuangkan adunan hijau ke dalam kelongsong pandan hingga 1/2 paras. Ketepikan.

4

Kemudian bahan lapisan atas pula disatukan dan masak hingga pekat selama 15 minit. Kacau sentiasa.

5

Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga penuh kelongsong pandan.Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Siap untuk dihidangkan.