Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Campur Goreng Mudah"


Tips

tidak perlu tambah air , hanya sekadar air yang ada dalam sayur sahaja sebab tak nak sayur ni berair sangat.

Ingredients

Kubis Putih 1/2 dari belahan kubis
Karot Dipotong Mancis 1/2 batang
Putik Jagung Dibelah 4 Atau 5 1 bungkus
Kulat Hitam Kering ( Direndam Sehingga Kembang Dan Dihiris Kasar 5 kelopak
Serbuk Lada Putih 1 sudu teh
Kiub Ayam Secukup rasa
Sos Tiram 3 sudu besar
Lada Besar Merah Dan Hijau Dipotong Serong 2 tangkai
Bawang Besar Dibaji 1/2
Bawang Putih Diketuk 4 ulas
Bawang Merah Dimayang 1 ulas

Instructions

1

Panaskan kuali, tumiskan bawang putih, sehingga keperangan sikit dan baru masukkan bawang merah, bawang besar, lada merah dan lada hijau .

2

Kacau sekejap dan terus masukkan putik jagung, karot dan kulat. masukkan kiub ayam secukup rasa. kacau sekejap baru masukkan kubis putih tadi

3

Masukkan sos tiram dan serbuk lada putih , kacau sehingga kesemua sayur bergaul sebati dan nampak lembut..

4

Air tak dimasukkan ya cukup dengan sayur akan mengeluarkan air bila ia mula lembut..

5

Boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan