Back to Recipe Print

Recipe for "Salatoh@salad Timun"


Tips

Gunakan bahagian timun yang berkulit supaya salad kelihatan fresh dan tidak terlalu berair.Tomato juga perlu dibuang bijinya.

Ingredients

Timun Jepun@biasa 1 batang
Tomato Merah 2 biji size sederhana
Lemon@limau Purut Sehiris lemon@1/2 biji limau purut diperah jusnya
Bawang Besar 1 biji size sederhana
Garam Secubit garam
Gula Pasir 1 sudu kecil@1 sudu teh
Lada Hitam Secubit lada hitam yang ditumbuk halus

Instructions

1

Cuci timun,tomato,lemon dan bawang besar bersih-bersih.

2

Timun dipotong dadu..Guna bahagian luar timun sahaja.Bahagian bijinya dibuang.

3

Buang bahagian biji tomato dan dipotong dadu.Bawang besar juga dipotong dadu.

4

Dalam mangkuk yang berisi tomato,timun,bawang besar,masukkan garam,gula,perahan jus lemon dan lada hitam.Gaul semua bahan diatas.

5

Simpan salad timun seketika di dalam peti untuk menambah keenakkannya.