Back to Recipe Print

Recipe for "Tat Telur Mudah"


Tips

jangan bakar terlalu lama kerana kulit tat akan cepat kehitaman

Ingredients

Bahan-Bahan Inti Kastard
Telur 3 biji
Gula 160 gram
Susu Segar @ Susu Cair 480 ml
Vanila Abstract 1 sudu kecil
Bahan-Bahan Kulit Tat
Butter 125 gram (cairkan)
Gula Aising 60 gram
Telur 1 biji
Vanila Abstract 1 sudu kecil

Instructions

Cara-cara membuat inti kastard

1

Campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati. selepas itu tapis dan letak tepi

Cara-cara membuat kulit tat

1

Satukan butter dan gula aising. kacau hingga gula tidak kelihatan. masukkan telur dan kacau sebati.

2

Kemudian, masukkan vanila abstract dan tepung sikit demi sedikit sehingga habis dan adunan menjadi doh.

3

Bulatkan adunan kecil- kecil dan jadikan doh sedikit nipis sebelum masuk ke dalam acuan. terapkan dalam acuan dan buat sehingga habis.

4

Panaskan oven suhu 180'c dan masukkan dahulu kulit tat yang siap tadi. bakar selama 10 minit.

5

Kemudian, keluarkan kulit tat yang masih panas dan tuangkan inti kastard tadi. masuk semula ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit.

6

Selamat mencuba