Back to Recipe Print

Recipe for "Lempeng Dan Sambal Ikan Bilis "


Tips

lempeng sedap dimakan dengan sambal atau kari ayam. ikut citarasa anda

Ingredients

Bahan-Bahan Membuat Sambal Ikan Bilis
Cili Kering (Dikisar) 1 @ 2 cawan
Basang Merah Besar 1 biji
Bawabg Putih 3 ulas
Gula 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Ikan Bilis Ikut citarasa
Asam Jawa 1 sudu kecil atau 1/2 sudu kecil shj
Bahan-Bahan Untuk Lempeng
Tepung Gandum 2 cawan
Air Atau Santan 300ml
Garam Secukup rasa
Telur 1 biji

Instructions

Cara-cara membuat sambal ikan bilis garing

1

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. masukkan cili yang telah dikisar. masak sehingga pecah minyak.

2

Masukkan asam jawa, gula. setelah mendidih, masukkan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. masukkan garam secukup rasa

Cara-cara membuat lempeng

1

Masukkan tepung, air atau santan, garam dan telur dalam blender. blend sehingga semua sebati. sekiranya terlalu pekat tambahkan sedikit lagi air.

2

Masak atas kuali leper sehingga masak. hidang bersama sambal ikan bilis, selamat mencuba!