Back to Recipe Print

Recipe for "Pau Bun"


Tips

Inti adalah pilihan anda dan pastikan anda meletaknya cukup banyak memandangkan ia akan bertambah kembang ketika dalam kukusan.

Ingredients

Tepung 4 cawan
Telur 1 biji
Baking Powder 1 sudu besar
Susu Segar/susu Cair 1/2 cawan
Garam Secubit
Minyak Jagung/masak 1/2 cawan
Bahan B
Mauripan 1 peket
Gula 3 sudu besar
Air Suam 1/2 cawan

Instructions

1

Kacau bahan B dan biarkan hingga berbuih.

2

Sementara itu, gaul semua bahan kecuali susu segar dan minyak. Masukkan bahan B yang sudah berbuih. Ramas hingga sebati kesemua bahan.

3

Masukkan minyak dan gaul sambil dituang susu sedikit demi sedikit.

4

Uli sehingga menjadi doh dalam 10 minit dan biarkan ia selama 30 minit (sehingga naik/kembang)

5

Selepas doh naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bentukkan menjadi bulat dan masukkan inti.

6

Jangan terlalu nipis kerana doh mudah bocor apabila kembang di dalam kukusan. Lapik doh yang sudah siap dengan potongan kertas.

7

Sapu sedikit susu ke atas pau ketika hendak dikukus. Kukus selama 7 minit di dalam kukusan yang sudah sedia panas.

8

Jika menggunakan inti coklat, saya suka membiarkan intinya bocor begitu. Nampak lebih menyelerakan. Pilihan pada selera masing-masing.