Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Siput"


Tips

1.jika buat dua bancuhan tetap menggunakan sebiji telur

2. begitu juga marjerin cukup sekadar 5sudu besar

Ingredients

Santan Pekat 50 ml
Tepung Gandum 500 gm
Telur Ayam 1 biji
Serbuk Rempah Kari Daging 25gm
Jintan Manis- Ditumbuk Halus 1 sudu kecil
Daun Kari- Separuh Di Racik Halus Separuh Ditinggalkan Untuk Masuk Kedalam Minyak Semasa Menggoreng 30gm
Air Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Marjerin 3 sudu besar

Instructions

1

Sediakan mangkuk

2

Masukkan tepung dan marjerin- ramas perlahan-lahan sehingga dapat adunan seperti serbuk roti

3

Masukkan bahan kering seperti serbuk kari, jintan manis, garam dan daun kari

4

Gaul sebati dan masukkan santan dan telur

5

Masuk air sikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang senang di tekan ke acuannya

6

Tekan adunan ke adunan kuih siput

7

Panaskan minyak dan masukkan adunan . goreng dengan api yang perlahan bila hampir masak masukkan daun kari untuk memberi rasa dan aroma yang enak

8

Siap di hidangkan