Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kari Tanpa Santan"


Tips

Ketika masukkan air, lebihkan 1/2 cawan air kerana ianya perlu direneh lama bagi memekatkannya.

Tukarkan serbuk kari ayam daging pada serbuk kari ikan jika menggunakan makanan laut dan gantikan bunga lawang kayu manis pada halba campur.

Ingredients

Mee Kuning 1 peket
Ayam (Dipotong Kecil) 6 ketul (bersama kaki ayam)
Serbuk Kari 3 sudu besar
Cili Boh 3 sudu besar
Bunga Lawang 2 kuntum
Kayu Manis 1 batang
Daun Kari 2 tangkai
Bawang Putih 7 ulas
Bawang Merah 2 biji
Tomato Kecil 10 biji
Pes Asam Jawa 1 sudu kecil

Instructions

1

Tumbuk halus bawang merah dan putih. Tumis di dalam 2 senduk minyak bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan cili boh.

2

Selepas 1 minit, masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan 1/2 cawan air suam. Tumis sehingga pecah minyak.

3

Masukkan ayam dan sedikit air. Tumis lagi sehingga kering, masukkan air panas anggaran 3 orang makan. Lebihkan 1/2 cawan.

4

Biarkan mendidih. Masukkan asam jawa, gula, garam dan sedikit lada sulah jika ada. Masukkan tomato. Reneh lagi dalam 10 minit.

5

Mee Kuning dicelur ke dalam air panas selama 1 minit dan sedia dimakan bersama kuah kari.

6

Hidang bersama limau nipis dan hirisan cili padi.