Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Aglio Olio"


Tips

Masukkan sedikit minyak masak semasa merebus pasta untuk mengelakkan pasta melekat semasa ditos.

Ingredients

Pasta (Spaghetti/angel Hair/fettucinni) Secukupnya
Bawang Holand/bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3-4 ulas
Udang/kupang/ape2 Seafood Secukupnya
Cili Kering Kisar 2-3 sudu besar
Kiub Ikan Bilis 1 kiub
Gula 1 sudu teh
Butter 1 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1 sudu teh
Daun Sup Dan Daun Bawang Secukupnya untuk hiasan

Instructions

1

Rebus pasta hingga lembut (Ikut arahan dalam pek pasta yang kita beli). Tos dan ketepikan.

2

Panaskan kuali dan cairkan butter. Tumis bawang holand yang dipotong dadu bersama bawang putih hingga naik bau.

3

Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kiub ikan bilis. Kacau sebati.

4

Masukkan seafood pilihan kita, kacau seketika dan masukkan pasta yang telah direbus tadi.

5

Masukkan serbuk lada hitam. Tambah perasa jika kurang masin. Tabur daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.