Back to Recipe Print

Recipe for "Talam Berlauk"


Tips

1.Gunakan santan kotak. Jika menggunakan santan perah talam lapisan bawah akan kering.
2. Jika buat menggunakan loyang, lapisan tepung digarik-garik sedikit gunakan garfu bagi tujuan inti bahagian atas melekat dan mesra dengan lapisan tepung.

Ingredients

Lapisan Bawah
Tepung Gandum 1 cawan
Tepung Jagung 3 sudu besar
Telur 2 biji
Garam Secubit
Essen Vanilla ¹/² sudu kecil
Santan 3 cawan
Lapisan Atas
Daging Burger 3 keping
Lobak 1 biji
Kentang 2 biji (jika size kecil)
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 1 biji
Serbuk Kari 1 sudu besar
Garam Sesedap rasa
Serbuk Perasa 1/2 sudu kecil
Air Sedikit
Daun Sup Sedikit
Lada Merah 2 tangkai
Cheesedale 3 keping

Instructions

Lapisan Bawah

1

Untuk lapisan bawah, blender bahan-bahan A tadi. Kemudian,tapiskan ke dalam loyang.

2

Koyak-koyakkan cheese dan masukkan ke dalam loyang berisi bahan tepung tadi.

3

Bakar lapisan bawah dalam 20 minit dan suhu 180°c

Lapisan Atas

1

Lobak dan kentang dipotong dadu kecil.Daging burger dicincang.

2

Blender bawang besar dan bawang putih.

3

Gunakan sedikit minyak, tumiskan bawang yang telah dikisar tadi bersama serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.

4

Masukkan daging dan tumiskan sebentar dan kemudian masukkan lobak dan kentang.

5

Masukkan sedikit air untuk empukkan kentang dan lobak.

6

Masukkan garam ikut rasa masing-masing dan juga serbuk perasa.

7

Sebelum letak bahan lapisan atas, lapisan bawah yang telah dibakar tadi digarikkan dahulu.

8

Selepas digarik, letakkan lapisan atas tadi dan tekan sedikit untuk lekatkan lapisan atas dengan lapisan bawah.

9

Kemudian,bakar lagi selama 30 minit. Selepas dibakar, taburkan sedikit hirisan daun sup dan lada merah. Potong setelah talam sejuk.