Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Lapis Daging & Sardin Berkeju"


Tips

Saya tambah isi sardin 1 tin, sbb daging burger ada 2 keping je. Resepi asal 4 keping daging burger.

Saya tak masukkan sebarang sayur sebab anak2 tak suka sayur, rugi buat kalau anak2 x makan.. hehe..

Lagi banyak cheese lagi sedap!

Ingredients

Bahan Untuk Inti Daging
Daging Burger 2 keping
Sos Black Pepper (Life) 2 sudu besar
Bawang Besar Didadu Kecil 1/2 labu
Bawang Putih Didadu Kecil 1 ulas
Lada Hitam Kasar 1 sudu kecil
Bahan Untuk Inti Sardin
Sardin Ayam Brand 1 tin kecil
Bahan Celupan Roti
Full Cream Milk 1 cawan
Susu Cair 1/2 cawan
Telur 3 biji
Bahan Lain
Roti Putih Gardenia 9 keping
Cheddar Cheese (Beqa) Diparut 1 ketul

Instructions

1

Untuk inti daging, panaskan margerin & tumis bawang hingga layu. Masukkan daging burger & kacau hingga daging burger pecah.

2

Masukkan sos black pepper & lada hitam kasar. Kacau sebati. Tak perlu masukkan garam kerana daging burger sedia masin. Angkat & ketepikan.

3

Untuk inti sardin, buang sos sardin, ambil isinya sahaja. Pecah2kan sardin kepada ketulan kecil. Ketepikan.

4

Untuk celupan roti, satukan susu, pecahkan telur & masukkan sedikit garam. Kacau hingga sebati.

5

Potong roti supaya muat loyang, celupkan roti dlm susu & susun dalam loyang yg sudah digris.

6

Taburkan inti daging, sardin & parutan keju.

7

Celup lagi roti, susun & taburkan inti & keju. Buat sebanyak 3 lapisan. Lebihkan keju pada lapisan terakhir.

8

Bakar dalam ketuhar pada suhu 170-180°C selama 40 minit.

9

Biarkan suam sedikit barulah dipotong.