Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Maggi Tomyam Kaw"


Tips

Boleh ikut jenama kesukaan yg lain seperti adabi dan sebagainya.

Boleh menambah isi seperti udang, sotong dan lain-lain mengikut selera.

Ingredients

Maggi Tomyam 2 peket
Dada Ayam 1 ketul
Cili Boh 2 sudu besar
Bawang Merah 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Serai 1 batang
Bawang Holland 1/2 biji
Limau Nipis 1 biji
Sawi Secukupnya
Tomato Kecil 8 biji
Cili Api 12 biji
Lada Sulah 1 sudu kecil
Susu Cair 1/2 cawan
Air Panas 6 cawan

Instructions

1

Hiris nipis dada ayam dan bawang merah, ketuk bawang putih, cili padi dan serai. Potong sayur.

2

Tumis bawang merah, putih, serai dan cili boh. Masak seketika dan masukkan ayam serta cili padi dan lada sulah.

3

Masukkan 1 peket peremcah tomyam dan gaul rata hingga naik bau, masukkan air panas dan susu cair.

4

Selepas menggelegak, masukkan sepeket lagi perencah tomyam diikuti tomato dan sawi.

5

Tambah garam dan gula jika terlebih air (kurang rasa). Keluarkan serai dari periuk selepas api ditutup.

6

Mee direbus berasingan, jangan terlalu kembang. Biar liat sedikit. Tus dan tuang ke dalam mangkuk.

7

Curah kuah ke atas mee tadi dan diperah limau nipis sebelum dihidangkan.