Back to Recipe Print

Recipe for "Peranakkan Kari Ayam"


Tips

Guna kan minyak kelapa untuk masak kari. Kerana rasa nya lebih lemak untuk kari.

Ingredients

Ayam (Goreng Bersama Kunyit Setengah Masak) 10ketul
Lobak Merah 1batang
Kentang 1biji
Lada Merah 2biji
Bawang Besar (Hiris Kecil) 3biji
Bawang Putih (Cincang Halus) 4ulas
Kayu Manis 1batang
Bunga Lawang 1biji
Jintan Putih 1sudu kecil
Ketumbar 1sudu kecil
Serbuk Kari 3sudu besar
Santan 1mangkuk kecil
Air 1gelas
Garam 1sudu kecil
Ajinamoto 2sudu kecil
Daun Limau (Hiris Kasar) 8helai
Daun Kari 4tangkai
Minyak Kelapa 1senduk
Serai (Titik) 3batang

Instructions

1

Tumis jintan putih,biji ketumbar,bunga lawang,kayu manis sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari dan lada merah.

2

Masukkan serbuk kari dan sedikit air supaya tidak hangit.

3

Masukkan lobak merah dan kentang. Tambah lagi sedikit air.

4

Masak seketika kemudian masukkan ayam beserta jus ayam yang berlebihan di pinggan.

5

Masukkan santan dan sedikit air. Gaul rata masukkan daun limau.

6

Perasakan dengan garam dan ajinamoto. Tutup periuk sekejap saja.

7

Dalam kiraan 1 hingga 10 tutup api dan sedia dihidangkan.