Kentang | 5 biji |
Lada Hitam (Kisar) | 3 sudu teh |
Susu Cair | 1/2 tin |
Garam | Secukup rasa |
Cuci bersih kentang dan rebus tanpa kupas kulitnya. Anggaran masa merebus dalam 20minit.
Setelah kentang lembut, rendam dalam air sejuk, dan tarik sahaja kulitnya.
Lenyekkan kentang sehingga hancur.
Masukkan susu sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan lada hitam dan garam.
Gaul semua sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.