Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Masak Masam Manis"


Tips

Goreng ikan sehingga garing baru sedappp

Ingredients

Ikan Siakap 600gram @ 1 ekor
Cili Giling Satu Paket
Nenas 2 potong
Timun Setengah Biji
Cili Api 5 biji
Bawangmerah 1 biji
Halia 1 inci

Instructions

1

Pertama kalinya, Letakkan serbuk kunyit dan garam pada ikan siakap. Gaul rata ke semua badan ikan tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk semula. Letakkan di bawah sahaja agar ia tidak membeku

2

Bawang Merah dan halia dikisar. Timun dan nenas dipotong dadu. Pilih nenas yang agak muda iaitu berwarna kuning cair. Selalu beli sebiji kan? guna sedikit je dan yang selebihnya boleh buat Jus nenas.

3

Panaskan Minyak, Masukkan bawang merah dan halia yang telah dikisar. Tumiskan sehingga bawang berwarna kekuningan dan naik bau.

4

Selepas tumisan sudah bertukar warna dan agak garing. Bolehla dimasukkan cili giling. Kacau sehingga keluar minyak.

5

Masukkan bahan potong iaitu timun dan nenas dan kalau mahu pedas masukkan juga cili padi potong. selepas sambal sudah mengelegak. Kacau dan perlahankan api.

6

Masukkan garam dan gula ke dalam sambal tadi.. kacau sekata dan cuba rasa setelah lima minit.

7

Keluarkan ikan dan goreng ikan dengan minyak yang banyak sehingga ikan tenggelam. Goreng garing baru sedap tau.. petua ikan tidak melekat ialah. campakkan secubit garam ke dalam minyak panas sebelum menggoreng.

8

Selepas itu, baru matikan api sambal masam manis tadi. jika sudah puas hati bolehla dituang ke atas ikan yang telah diangkat tadi.