Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Mama A I A I"


Tips

1. Jika tidak sukakan cendawan tiram boleh masukkan ubi kentang @ lobak merah.
2. Saya kisar bawang besar, bawang putih & halia dlm kuantiti yg banyak & bahagikan untuk 3 jenis masakan iaitu nasi, sup & bahan perapan. Tak perlu kisar banyak kali.

Ingredients

Bahan2 Untuk Nasi
Beras 4 cawan
Air Rebusan Ayam 2 cawan
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Daun Sup Dipotong Panjang 1 pokok
Bahan Kisar
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Halia 2 cm
Bahan Tumis
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Buah Pelaga 2 biji
Bunga Cengkih 3 tangkai
Daun Pandan Dipotong/disimpul 2 helai
Bahan2 Untuk Sup (Masak Secara Tumis Darat)
Ayam 1 ekor
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Buah Pelaga 2 biji
Bunga Cengkih 3 tangkai
Garam & Ajinomoto Secukup rasa
Cendawan Tiram Dikoyak 1 mangkuk
Bahan Kisar
Bawang Besar 1 1/2 labu
Bawang Putih 4 ulas
Halia 2 cm
Lengkuas 2 cm
Serai (Ambil Yg Lembut Sahaja) 2 batang
Jintan Manis 1 sudu kecil
Jintan Putih 1 sudu kecil
Bahan Tumis Darat
Bawang Merah Hiris Nipis 2 ulas
Daun Sup Dipotong Panjang 1 pokok
Bahan Perapan Ayam
Sos Tiram 2 sudu besar
Kicap 2 sudu besar
Bawang Besar 1/2 labu
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1 cm
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan2 Untuk Sos
Tomato 4 biji
Cili Merah 2 tangkai
Bawang Putih 4 ulas
Cuka 1 sudu besar
Air Secukupnya
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Untuk Kicap
Menggunakan Baki Bahan Perapan Ayam Tambah air secukupnya

Instructions

Cara2 menyediakan nasi

1

Panaskan periuk rice cooker, masukkan margerin. Tumis bahan kisar, masukkan 4 sekawan & daun pandan.

2

Biarkan wangi & masukkan air rebusan ayam, serbuk kunyit & garam.

3

Masukkan beras & tambah air. Sukat air menggunakan jari tengah.

4

Pindahkan periuk ke dlm rice cooker & masak nasi seperti biasa. Sesekali kacau supaya masak sekata.

5

Apabila nasi sudah kering, masukkan daun sup & kacau sekata.

Cara menyediakan sup

1

1 ekor ayam, dibahagi 2. Bahagian tulang dipotong kecil untuk dijadikan sup. Bahagian isi dibiarkan seketul besar untuk digoreng.

2

Masukkan ayam dlm periuk besar bersama bahan kisar & bahan lain (kecuali bahan tumis darat, garam & pak aji).

3

Tambah air secukupnya. Masak hingga mendidih. Ambil 2 cawan air untuk memasak nasi. Angkat ayam ketulan besar, toskan air & diperap.

4

Dalam kuali berasingan panaskan minyak, goreng bawang merah hingga garing. Masukkan terus dlm sup tanpa minyak gorengan.

5

Kemudian goreng daun sup hingga layu (tidak perlu garing) & terus masukkan dlm sup tanpa minyak gorengan.

6

Renehkan sup guna api perlahan. Masukkan cendawan, perasakan dgn garam & pak aji.

Cara menyediakan perapan ayam

1

Kisar halus bawang besar, bawang putih & halia.

2

Masukkan bahan kisar & bahan lain ke dlm ayam & gaul sebati. Perap selama 30min atau lebih.

3

Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga garing. Sedia dihidang.

Cara penyediaan sos

1

Kisar halus semua bahan kecuali garam, gula & cuka. Masukkan dalam periuk.

2

Masak atas api, masukkan garam, gula & cuka. Boleh adjust rasa memenuhi citarasa masing2.

3

Kacau hingga sos sedikit pekat. Sedia dihidang.

Cara penyediaan kicap

1

Masukkan baki perapan ayam dalam periuk. Tapis jika suka kicap cair. Tambah air, garam, gula, sos tiram & kicap ikut citarasa masing2.

2

Kacau atas api hingga sedikit pekat. Boleh juga masukkan kuah sup. Sedia dihidang.

Hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato & daun salad.