Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Karamel A.k.a Apam Gula Hangus"


Tips

Gunakan api yang kecil/sederhana semasa menyediakan gula hangus

Ingredients

Bahan Untuk Gula Hangus
Gula Pasir 1 cawan
Air 3/4 cawan
Bahan2 Lain
Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Soda Bikarbonat 1 sudu teh
Telur 2 biji
Butter 2 sudu besar
Minyak Masak 1/2 cawan
Susu Pekat Manis 2 sudu besar
Esen Vanilla 1/2 sudu teh

Instructions

Cara menyediakan gula hangus

1

Masukkan gula ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga gula hancur dan keperangan.

2

Masukkan air perlahan-lahan. Perlu berhati-hati kerana air akan memercik.

3

Masak seketika sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan gula hangus sejuk

Cara2 memasak apam

1

Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.

2

Blend telur, susu pekat, minyak masak, butter dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan gula hangus yang telah disediakan tadi.

3

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Blend lagi sehingga semuanya sebati.

4

Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.

5

Kukus selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada saiz acuan. Pastikan air di pengukus telah dididihkan terlebih dahulu.