Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Masak Kicap Pedas"


Tips

Kalau suka pedas boleh tambahkan cili kering semasa menumis. Boleh tambah hirisan bawang besar pada akhir masakan…SELAMAT MENCUBA

Ingredients

Udang 400 gram
Bawang Besar 1 biji (kisar)
Bawang Putih 2 biji (kisar)
Halia 1/2 inci (kisar)
Cili Kering 3 sudu (saya dah blend siap2)
Cili Merah 1 biji
Kicap Pekat 4 sudu
Sos Tiram 2 sudu
Gula 1 sudu
Garam Secukup rasa (jika perlu)
Air 1/4 cawan

Instructions

1

Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.

2

Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.

3

Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.

4

Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa..

5

Siap untuk dihidang…