Back to Recipe Print

Recipe for "Homemade Laksa Beras"


Tips

Gunakan air panas yang sedang menggelegak untuk membancuh tepung bagi menghasilkan tekstur laksa yang licin dan berkilat. Tidak perlu juga menghasilkan doh yang licin dan tidak melekat ditangan kerana ia akan menghasilkan laksa yang menggerutu dan mudah patah malah sukar ditekan menggunakan acuan.

Ingredients

Tepung Beras 1/2 kg
Tepung Gandum 1/4 kg
Tepung Ubi(Optional) 2 sd besar
Air Secukupnya
Acuan Maruku 1

Instructions

1

Panaskan seperiuk air sehingga menggelegak

2

Campurkan semua tepung di dalam besen. Buat lubang di tengah.

3

Ambil air yang sedang menggelegak dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Kacau dengan menggunakan senduk kayu.

4

Kacau dan adunkan sehingga membentuk doh. Tidak perlu menghasilkan doh yg licin. Tidak mengapa jika doh sedikit melekit tetapi jangan terlalu lembik.

5

Bentukkan doh mengikut bentuk acuan maruku. Masukkan doh dan tekan terus ke dalam periuk yang menggandunvi air panas menggelegak secara pusingan.

6

Jangan kacau dan tunggu sehingga laksa timbul. Angkat dan rendam sekejap ke dalam besen yang mengandungi air sejuk biasa.

7

Angkat dan toskan. Siap!