Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Goreng Jawa"


Tips

1) Sediakan semua bahan yang perlu digoreng lebih awal untuk memudahkan sesi memasak.
2) Masakan ini sesuai untuk dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama-sama dengan nasi dan lauk lain.

Ingredients

Bahan A (Perlu Digoreng)
Kentang 7 biji
Tauhu 4 ketul
Tempe 2 keping besar
Bahan B (Pelengkap Masakan)
Santan 1/2 kilo santan pekat
Kicap Pekat 1 cawan
Kicap Manis 3-4 cawan
Air Asam Jawa 4 sudu besar
Hati/pedal Ayam (Rebus Dan Potong Kecil) Rm2.00
Udang Basah 1 mangkuk kecil
Ikan Bilis (Tumbuk) 1 mangkuk kecil
Belacan 1/2 inci
Suhun Dan Tauhu Kering (Direndam Sehingga Kembang) Rm4.00 dan 4 keping
Bahan C (Hiris)
Petai 6 papan/secukupnya
Cili Merah 3-4 biji
Cili Padi Segenggam
Bwg Merah 8 biji
Bwg Putih 1 labu
Halia Dan Serai 1/2 inci halia dan 4 batang serai

Instructions

1

Potong semua bahan A. Goreng & ketepikan. Toskan suhun & tauhu kering yg telah direndam tadi, hiris halus tauhu kering & satukan/gaul semua bahan ini.

2

Panaskan minyak & tumis semua bahan C kecuali cili merah, cili padi & petai hingga naik bau. Masukkan belacan, udang basah dan ikan bilis tumbuk.

3

Masukkan pedal/hati ayam masak seketika hingga sebati. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan santan. Biar seketika hingga mendidih.

4

Masukkan perisa (garam & gula) dan air asam jawa. Kacau sebentar dan masukkan bahan A yang telah digaul tadi, cili merah, cili padi dan petai.

5

Masak sehingga santan kering dengan menggunakan api sederhana. Jika agak kering, masukkan sedikit air.

6

Masakan sedia dihidang setelah santan/air meresap sepenuhnya.