Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Kelapa"


Tips

1. Kelapa parut muda lagi sedap sebab lebih lemak.

2. Makan dengan ulam raja, ulam pucuk selom @ makan dengan nasi panas sahaja, memang sedap.

3. Untuk tambah rasa, boleh juga diperah jus limau nipis.

Ingredients

Kelapa Parut 5 sudu besar
Cili Padi 5 biji
Bawang Merah 2 ulas
Garam Secubit rasa
Belacan 1 inci

Instructions

1

Dalam lesung, tumbuk lumat cili, belacan, garam & bawang.

2

Kemudian masukkan kelapa parut dalam lesung & gaul sebati.

3

Siap untuk dihidang.