Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Ibu Mertua Ku"


Tips

Mesti naik minyak setiap kali fasa menumis.
Tumis dalam kuali. Bukan periuk.
Ramaskan batang kesum sebelum direndam dengan ikan untuk menghilangkan bau hanyir

Ingredients

Ikan 1 ekor
Daun Kesum Seikat
Bendi 4 batang
Asam Jawa Adabi - Dibancuh Dengan Setengah Mangkuk Air 2 sb
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Bahan Kisar
Cili Kisar 4 senduk
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 2 biji
Halia 1 inci
Kunyit Hidup 0.5 inci
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Ikan direndam dengan batang daun kesum. Toskan selepas 10 minit dan gaulkan dengan serbuk kunyit

2

Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Minyak mesti tenggelamkan bahan kisar. Jika tak,bermakna perlu tambah minyak. Tumis hingga naik minyak

3

Letak secawan air, biar sampai naik minyak. Masukkan lagi air dan ulang sehingga cili benar-benar masak.

4

Masukkans sebahagian daun kesum dan air asam jawa. Tunggu sehingga naik minyak.

5

Masukkan ikan dan baki daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula