A) Bahan Pastry | |
Butter | 230 gram |
Gula Aising | 1/2 cawan |
Telur | 2 biji |
Tepung Gandum | Secukupnya |
B) Bahan Filling | |
Philadelphia Creamcheese | 250 gram |
Butter | 20 gram |
Gula Aising | 1/2 cawan |
Telur | 1 biji |
Jus Lemon | 1 sdb |
Jem Blueberry | Secukupnya |
1) Cara Membuat Pastry
Pukul butter + gula aising sampai rata (jangan pukul sampai kembang). Masukkan telur dan pukul sampai telur sebati dengan butter + gula tadi.
Masukkan pula tepung gandum sikit demi sikit sambil uli sampai jadi doh ( tak keras / lembik).
Selepas tu, balut doh dengan plastic & masukkan dalam peti ais selama + - 1 jam.
Selepas itu, tekapkan doh ke acuan (jangan tebal / nipis sangat).
Bakar doh selama + - 13 minit pada suhu + - 150dc. Selepas masak, cepat2 keluarkan pastry dari acuan dan biarkan sejuk sendiri.
2) Cara Membuat Filling
Pukul creamcheese + gula aising + butter sampai sebati. Kemudian, masukkan telur dan pukul sampai kembang. Selepas itu, masukkan jus lemon dan pukul sikit sampai jus lemon rata.
3) Cara Blueberry Cheese Tart
1. Masukkan sedikit blueberry filling / jem ke dalam pastry
Selepas itu, tuangkan sedikit adunan creamcheese sampai penuh ke dalam pastry. Boleh lukiskan corak di atas permukaan creamcheese (jika mahu).
Bakar selama 10 – 13 min pada suhu + - 150dc / sampai permukaan cheese nampak kering (jangan sampai merekah). Selepas siap bakar, biarkan sejuk sendiri dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.