Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Tetel (Daging)"


Tips

Anda juga boleh menggantikan daging dengan ikan dan ayam

Ingredients

Daging 500 gram atau ikut suka
Bawang Besar 2 biji
Belacan Besar ibu jari
Cili Giling 3 @ 4 sudu besar
Asam Jawa 1 @ 2 sudu besar
Daun Kesum Ikut suka
Bunga Kantan 1 atau 2 batang
Bendi Jika suka
Minyak Untuk menumis
Air @ Air Rebusan Daging 5 cawan ( boleh lebihkan)

Instructions

1

Rebus daging hingga empuk. simpan air rebusan untuk dicampur dalam masakan

2

Kisar bawang besar dan belacan. tumis bawang hingga garing.

3

Setelah garing, masukkan cili giling, daun kesum dan bunga kantan. kacau dan masukkan air rebusan daging @ air. masukkan asam jawa dan kacau.

4

Selepas itu, masukkan daging dan garam secukup rasa. masak hingga pecah minyak. masukkan bendi dan tutup api.

5

Sekiranya anda mahu kuah pekat. biarkan kuah mendidih sedikit lama. kacau dan apabila pekat sedikit boleh tutup api. selamat mencuba