Back to Recipe Print

Recipe for "Agar Agar Pandan Santan"


Tips

Tips untuk mendapat 2 lapisan agar-agar : Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Ingredients

Serbuk Agar Agar 11g
Air 750ml
Air Pandan 250ml
Gula 200g
Santan Pekat 25ml
Telur Ayam - Dicampurkan Ke Dalam Santan 1 biji
Garam 1/4tbsp
Pewarna Hijau Secukupnya

Instructions

1

Masak air, jus pandan, gula, dan serbuk agar-agar hingga larut.

2

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sedikit pewarna hijau.

3

Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

4

Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.

5

Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.